Isnin, Februari 14, 2011

"Contest Campaign Tak Nak Buang Bayi"

Waaaa.... Bagus3 pihak penganjur adakan contest ni,
Kena pulak dengan hari ini, hari non-muslim menyambut hari kekasih yang kebanyakkan muslim hari ini terikut2 agenda barat tu...
~*~
Ok 3 langkah terbaik untuk mengatasinya:~

  1. DIDIKAN AGAMA: Ini adalah yang paling penting diantara langkah2 pencegahan, walaupun adakalanya didikan agama telah cukup diterap sedari kecil namun kemungkinan bilangan remaja yang terjebak ke masalah hamil luar nikah & buang bayi dapat dikurangkan.
  2. PERANAN & PANTAU: Peranan ibubapa adalah yang menjadi tunggak utama kepada anak2 remaja masakini, tidak dinafikan semua ibubapa mahu melihat anak mereka cemerlang dalam segala aspek namun kadang kala mereka terlupa untuk memantau kegiatan anak2 di luar mereka.
  3. BELAJAR MENERIMA: Seandainya masalah ini berlaku kepada keluarga anda (nauzubillah), belajarlah menerima ketelanjuran mereka, bukan bermakna terima apa yang mereka telah lakukan, namun usahlah dipukul @ dihalau mereka kerana 2 tindakan tadi yang menyebabkan mereka buang bayi mereka setelah dilahirkan. Sebaiknya tegur, nasihat mereka secara berhemah dan yang terbaik hantar mereka ke pusat2 perlindungan wanita @ remaja seperti Raudatus Sakinah & KEWAJA!
Insyaallah langkah2 diatas sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan gejala pembuangan bayi...

Kepada kawan2 yang berminat nak sumbang idea untuk langkah2 mengatasi masalah ini boleh lah klik blog yang menganjurkan seperti di link: http://hezrinacontestngiveaway.blogspot.com/2011/02/contest-kempen-tak-nak-buang-bayi.html disini sambil joint contest!!!

2 ulasan dr mereka yg cute:

Pendapat Syah berkata...

Assalamualaikum

skdr pembetulan., blog yg menganjurkn sperti di link ini...

http://blogibujointcontest.blogspot.com/2011/02/contest-campaign-tak-nak-buang-bayi.html

terima kasih sbb join..

Ibu Arif Atan berkata...

waalaikumussalam, thanks kerana memberi teguran!

Catat Ulasan

TAMU IBU HARI INI

orang yang datang ziarah

Chenta Hatiku

orang yang ku sayang


Labels